Monday, September 8, 2008

Pondok Bandar Hilir Sik,Kedah Darulaman

Markaz AT-Ta'alim Wattarbiah yang dikenali sebagai Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah diasakan pada awal 1993 oleh Tuan Guru Hj Abu Bakar Ibrahim dengan kerjasama penduduk setempat.Pelajar dari seluruh pelusuk negara telah datang untuk menimba ilmu pengetahuan di sini.Sekarang hampir 200 pelajar sedang mengikuti pengajian.



*Gambar sekitar majlis perasmian Pondok Bandar Hilir pada 25/5/08











SISTEM PENGAJIAN

Mengekalkan sistem pengajian pondok iaitu pengajian Halaqah dan menghafaz Nahu,sorof dan membaca kitab jawi serta kitab arab sehingga 4 thanawi bermula jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari untuk pelajaran kelas secara formal .Dan selepas zohor bermula jam 3.00 petang ialah pengajian Al Quran,kitab jawi dan Arab untuk semua pelajar .

SYARAT KEMASUKAN

1.Lepasan sekolah rendah dan menengah berumur 13 tahun sehingga 20 tahun .
2.Photostap IC dan 2 keping gambar
3.Surat akuan

Pelajar kelas Dewasa

1.Warga emas /Pencen yang ingin mengikuti kuliah pengajian kitab arab/jawi
2.mereka yang berminat duduk di Pondok

YURAN

1.Pendaftaran masuk RM 300 .00
2.Yuran Bulanan RM 12.00
3.Makan masak sendiri
4.Kantin RM 190.00 sebulan

hubungi

h/p 013-488 4814 U.Ismail ( Setiausaha )
013-597 0099 U.sufi ( Tenaga Pengajar)
013-466 0064 U.Allias ( Ajk Tadbir)





















































l

Sunday, September 7, 2008

86 peratus yakin Anwar mampu bentuk kerajaan 16 September


Suhaimi Taib /sumber harakah

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Hrkh) - KL.Pos, sebuah laman web politik memaparkan data sebanyak 86 peratus orang ramai bersetuju menyatakan bahawa Mantan Timbalan Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan persekutuan 16 September ini.

Manakala 14 peratus lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Laman web berkenaan mengajukan soalan 'Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?'

Ini dipercayai akibat desas desus tidak kurang dari 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), merancang untuk mengadakan program pemukiman secara tergesa-gesa tanpa menetapkan destinasi yang dituju sekali gus menampakkan ia bertujuan tertentu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan langkah BNBBC untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

"Ia tiada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam. - mns _